Monday 9 April 2012

KEMAHIRAN MOTOR HALUS

Ciri-ciri general yang kita boleh perhatikan dikalangan kanak – kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak tersebut belum boleh memasang butang baju, memasang tali kasut dan yang boleh menggangu pembelajarannya ialah ketidakupayaannya memegang pensel dengan baik menulis / mewarna dengan betul.


Apa yang dikatakan kemahiran motor halus?
Kemahiran motor halus adalah koordinasi gerakan otot kecil yang berlaku, contohnya jari kita iasanya berkoordinasi dengan mata.
Kemampuan / kemahiran yang melibatkan penggunaan tangan berkembang dari masa ke semasa. Untuk kanak – kanak normal, perkembangan kebolehan motor halus mereka berkembang sesuai dengan usia mereka. Normalnya, perkembangan motor halus – koordinasi tangan dan mata bermula dengan gerakan primitif seperti mengambil sesuatu dengan tepat. Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan penggunaan otot halus – otot kecil yang mengawal tangan, jari dan ibu jari.
Pembangunan kemahiran ini membolehkan seseorang untuk dapat menyelesaikan tugas seperti menulis, menggambar, dan mengancingkan.
Ketika anak memasuki usia pertengahan, dia membuat kemajuan besar dalam kemampuan artistik mereka. Mereka mula untuk mengekspresikan diri melalui gambar, mengukir, dan modeling tanah liat

Kemahiran Urus Diri
Secara normalnya, anak – anak mampu memperbaiki kemampuan motorik mereka, mereka mampu membantu diri sendiri dengan menyelesaikan kegiatan seharian tanpa bantuan orang lain / dewasa. Contohnya, kanak – kanak pada usia 2 dan 3 tahun mampu membuka dan memakai pakaiannya sendiri. Kanak – kanak pada usia ini juga boleh memanipulasi pakaian dengan menzip, menggunakan garpu sudu, memasukkan tali ke lubang (lubang besar) manik-manik dan membuka pintu.
Ketika anak-anak berusia antara 3 dan 4, mereka boleh memanipulasikan pakaian dengan kekunci yang lebih besar, menggunakan gunting untuk memotong kertas, dan mampu menyalin bentuk berjajar sederhana dengan menggunakan pensil. Pada 4 hingga 5 tahun, anak mampu berpakaian dan membuka pakaian sendiri tanpa bantuan. Dan pada usia 6, seorang anakmampu memotong makanan lembik dengan pisau dan mampu mengikat tali kasut sendiri.
Sebaliknya bagi anak – anak khas adalah sebaliknya umpamanya kanak-kanak Down Syndrom yang belum boleh lagi memakai seluar tanpa bantuan orang lain pada usia 5/6 tahun.

Kemahiran Menulis
Hal ini penting untuk memahami perkembangan kemahiran motor halus anak-anak untuk memahami alasan disebalik mengapa mereka menyelesaikan tugas-tugas tertentu dengan cara tertentu. Sebagai contoh, kita memberikan lembaran kerja kepada anak – anak, dan didapati hasilnya tidak seperti yang sepatutnya seperti ada tulisan yang besar, “cacat” dan tidak menampakkan apa yang ditulisnya. Jika perkara tersebut terjadi, maka perhatian perlu dilakukan terhadap masalah pengendalian pensil anak. perkembangan kemahiran menulis ini perlu diambil perhatian memandangkan dengan memperbaiki kemampuan motorik mereka, mereka juga mampu berkomunikasi dengan ekspresi yang ditulisnya. perkara ini dimulai dengan menconteng secara bebas dan ke kemahiran meniru dan seterusnya menyalin semula dan akhirnya menulis dengan baik.
Bagaimanapun, perkembangan kemahiran motor halus ini tidak berlaku pada semua kanak – kanak sesuai dengan usia mereka. Ada juga kanak – kanak yang memerlukan bantuan untuk satu tempoh masa bagi mengembangkan kemahiran motor halus mereka. pendekatan lain perlu diberikan kepada anak ini. Terapis kerja adalah pakar dalam bidang motorik halus dan pembangunan tulisan tangan.

LAGU SUKU KATA

LAGI -LAGI NYANYI

LAGU ABC

BEREHAT SEKEJAP......MARI KITA MENYANYI

Sunday 8 April 2012

cuba-cuba

Kami guru-guru pemulihan  khas perak tengah sedang berkursus di PKG Bota.